Senin, 01 April 2013

Tanda-Tanda Kematian Yang Baik

 
 
Info Agama : Tanda-Tanda Kematian Yang Baik Baru – baru ini, saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz di masjid . Salah satu perkara yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan tanda – tanda kematian yang baik.

1. Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.

2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan kering lama kelamaan.

3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang – kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.

4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada lelehan air liur.

5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya muka si mati.

6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak berubah dari segi bentuk dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.

7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati seolah – olah jenazah baru sahaja meninggal. Senidi – sendinya mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.

Itulah dia 7 tanda kematian yang baik. InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda  - tanda ini terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda.

Manusia sering leka dengan perihal dunia sehingga melupakan perihal kematian.. Sedangkan mereka tahu yang mati itu adalah suatu kepastian.. Sudah bersediakah kita?? Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah..

Ayuh ! Kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan baik seperti ini ? 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar